Thursday, May 15, 2008

Metakognitif dalam pembangunan laman web

Metakognitif dalam pembangunan laman web

Dalam alam siber serba maju ini, kita diberi peluang untuk mempamerkan idea-idea kita ke dunia antarabangsa. Itulah laman web. Ia boleh dilihat dimana-mana sahaja tidak kira siapa, dimana dan tiada sekatan atas apa yang ingin kita sampaikan.
Pertama kita mesti tahu Persoalan untuk membina laman web.
Matlamat kita membina laman web?
Untuk siapa kita membina laman web itu?
Mengapa pelawat perlu masuk ke laman web anda?
Apa yang pelawat mahu dalam laman web anda?
Apa strategi untuk tarik pelawat bagi memasuki ke laman web anda?
Bagaimana ia harus di promosikan/diwujudkan?

Laman web boleh berfungsi dalam berbagai keadaan

 Sebagai penyebar iklan
 Sebagai penghubung atau pengerat sahabat (email, chat)
 Sebagai kaunter jual beli
 Sebagai pusat pengambilan perisian jenis ringan (kurang dari 20mb kebiasaannya)

Banyak lagi fungsi bagi sesebuah laman web. Oleh kerana wujudnya laman web maka kita tidak lagi perlu mengirim surat secara pos atau pergi ke pejabat sesebuah syarikat hanya untuk mendapatkan maklumat yang kita ingini. Syarikat pula tidak perlu sibuk melayan pelanggan yang begitu ramai dan dapat mengelakkan kesesakan ruang pejabat. Ini disebabkan laman web boleh menjadi media pemberitahuan yang paling cekap dan cepat. Keadaan ini muncul apabila hampir semua penduduk didunia memiliki set komputer yang dilengkapi modem bagi membolehkan ia mencapai maklumat internet itu sendiri. Untuk membina laman web tidak sukar seperti diawal kemunculannya. Ini kerana banyak perisian yang boleh menjana laman web secara automatik sebagai contoh,

· Microsof frontpage express
· Macromedia dreamweaver
· Netscape composer
· Dan banyak lagi.


Pelbagai cara kita boleh mengintegrasikan laman web kita sebagai contoh untuk kelihatan lebih menarik dan canggih anda boleh menggunakan grafik animasi. Semua perkara tersebut memerlukan ruang simpan yang tertentu, jadi fail tersebut biasanya akan dihantar kepada server(perkhidmatan khusus internet )
Kita boleh menggunakan server Geocities di http://www.geocities.com/ ,Xoom di http://www.xoom.com/ , Tripod di http://www.tripod.com/, Angelfire di www.angelfire.com , atau pun Cjb di www.cjb.net dan macam-macam lagi .Mereka menawarkan ruang server untuk anda sehingga 20 MB.Ruang yang agak besar.
Apapun saya perlu Sign Up (daftar) terlebih dahulu pada ruang atau butir-butir peribadi yang perlu di isi.Apa yang hendak saya ketengahkan di sini ialah dalam proses membina laman haruslah ada sedikit kesabaran.
Di malaysia terdapat juga server yang disediakan untuk pelanggannya tak perlu bayar malah semua server diatas juga free tak perlu keluarkan duit pergi bank buat pendaftaran. di Malaysia juga terdapat server seperti http://www.alumni.net.my/ , http://www.homepage.net.my/ (ahli jaring sahaja) dan lain-lain
Sebagai contoh saya ambil server Geocities (senang). Semasa sign Up( Daftar) saya perlu merancang ID (nama web anda) dan Password (kata laluan *******) yang hendak diletakkan serta butiran yang lain .Selepas ia akan 'Succesfully' dan terpapar nama web saya sebagi contoh saya memberi nama ID saya sebagai 'wan_a118117' maka alamat penuh anda atau URL(Uniform Resource Locater) ialah http://www.geocities.com/wan_a118117. Alamat ini lah yang saya perlu gunakan semasa saya ingin publish (menghantar ke server).

Mencipta laman web adalah mengikut kretiviti sendiri.Buka perisian Microsoft Frontpage,Netscape composer dan sebagainya kemudian taip macam biasa,seperti anda guna Microsoft Words dan notepad tak perlu ingat kod HTML kerana secara automatik ia diproses pada kod tersebut. Saya juga boleh memasukkan gambar-gambar scan ( mestilah format dalam gif atau jpeg ) atau gambar sedia ada dan animasi dengan menggunakan 'Copy-Paste' ,jangan lupa upload sekali gambar ni.
Bagi membina muka utama saya perlu menamakan fail tersebut kepada index.htm atau pun index.html yang akan menjadi alamat penuh ://www.geocities.com/wan_a118117 apabila dibuka nanti. Selepas itu upload fail "biodata.htm" yang mengandungi butir-butir peribadi saya. Jadi saya tetapkan alamat penuh pada menu utama melalui "hyperlink" iaitu http://www.geocities.com/wan_a118117/biodata.htm.Apabila pelawat masuk dia akan klik ikon hyperlink itu dan terus di bawa kepada pages "biodata".
Cara mengupload simpanan fail dari Microsoft front page ialah daripada geocities yang saya register -> file manager->
Atau lebih senang seperti panduan di bawah
boleh upload fail melalui server yang di sediakan ,caranya ialah buka laman web server anda dan cari icon upload/easy upload kemudian " browse " fail laman web anda, dan jangan lupa juga upload semua perkara yang terkandung di dalam web seperti gambar,midi,dan sebagainya .Caranya ialah

Masukkan Login anda pada ID disediakan serta passwordnya sekali -> "Sign in" 2)


Kemudian cari kotak "upload" seperti diatas."Browse" dan cari fail yang hendak diupload seterusnya "yes".Sebagai contoh saya hendak upload fail "index.htm", cari fail (browse) "index.htm" dan "yes", Icon display pula adalah sebanyak mana upload yang hendak di buat. Kemudian klik "Upload Files" Siap

Setelah selesai buat publish tu semua tibalah masanya nak test nye jadi atau tidak. Gunakan netscape atau internet explorer atau neoplanet atau apa sahaja untuk membuka laman anda.Taip www.geocities.com/wan_a118117 dekat location/address kemudian enter je lah.kalau tak puas hati macam ada yang tak lawa ker atau tak cun ker atau nak add apa-apakita boleh adjust mana-mana yang patut.



Secara kesimpulannya membina laman amat mudah , tetapi ada sesetengah orang beranggapan bahawa membina laman web perlu mengingati kod HTML (Hyper Text Markup Language), sebenarnya ia hanya memerlukan sebuah perisian yang mudah dan komputer yang mempunyai rangkaian internet.

Membuat laman web tidak semestinya perlu menggunakan superkomputer dan komputer berkelajuan tinggi seperti Pentium 4,3 linux ,dan sebagainya. syarikat-syarikat besar dan laman web perniagaan hanya menggunakan perisian biasa sahaja bagi menghasilkan laman web yang bermutu dan lebih cantik.

Daripada laman web ini saya membincangkan tentang ICT dalam kejururawatan. Saya juga menyusun,mengtur dan membina grafik dan animasi. Idea ini saya dapat daripada pantauan ke atas lama-laman web peribadi dan lain-lain. Kombinasi idea tersebut dapat mebina laman web yang menarik.


Kalau tak boleh jugak dengan cara ini , anda boleh upload fail melalui server yang di sediakan ,caranya ialah buka laman web server anda dan cari icon upload/easy upload kemudian " browse " fail laman web anda, dan jangan lupa juga upload semua perkara yang terkandung di dalam web seperti gambar,midi,dan sebagainya .Caranya ialah1)

Cuba Membuka Laman Web
Setelah selesai buat publish tu semua tibalah masanya nak test nye jadi atau tidak. Gunakan netscape atau internet explorer atau neoplanet atau apa sahaja untuk membuka laman anda.Alamat sudah ada apa lagi taip www.geocities.com/Lanun_kampung dekat location/address kemudian enter je lah.kalau tak puas hati macam ada yang tak lawa ker atau tak cun ker atau nak add apa-apakita boleh adjust mana-mana yang patut

Sunday, May 11, 2008

Metakognitif dalam spss

Metakognitif dalam spss

Statistical Package for Social Science atau ringkasnya SPSS ialah antara pakej statistik yang sering digunakan oleh penyelidik khususnya dalam bidang Sains Sosial bagi menganalisis data.

Pakej ini menjadi pilihan ramai penyelidik memandangkan operasinya yang mudah di samping menyediakan analisis statistik yang bersesuaian dengan keperluan penyelidikan dalam bidang sains social.

Selain daripada keupayaannya menyediakan analisis statistik terhadap data kajian, SPSS Window juga menyediakan sistem pengurusan data dalam suasana grafik yang menarik dengan menggunakan menu dan kotak dialog. Dengan demikian, semua arahan dapat dilakukan dengan mudah.

Memulakan SPSS

Dari Menu Windows Start pilih
Program
→ SPSS for windows

Apabila program SPSS diaktifkan, tetingkap yang akan terpapar di skrin komputer ialah tetingkap SPSS Data Editor. Pada control bar tetingkap SPSS Data Editor ini akan tertulis SPSS Processor is Ready


Membuka Fail
Dari menu pilih
File
→ Open
→ Data

By default, SPSS-format data fail (.sav) akan kelihatan. Double klik d:\spss\datamodulespss\module1\demo.sav. Klik data view dan variable view

Running an Analysis
Dari Menu pilih
Analyze
→Descriptive Statistics
→Frequencies

Frequencies dialog box akan dibuka

Klik right mouse button pada income category(inccat) kemudian klik (left mouse button) variable information.
Klik down arrow di value labels drop-down list
Pilih variable income category dan gender dan klik right-arrow button untuk memindahkan variable dari source variable list ke target variable list
(#) icon disebelah variable menunjukkan variable itu numeric. (A) icon pula menunjukkan variable itu string (alphanumeric)
Klik OK


Creating Charts

Dari Menu pilih
→Graf
→Bar
Klik clustered kemudian klik define
Scroll down source variable list dan pilih wireless service (wireless) sebagai variable Category Axis

Select Owns PDA (ownpda) sebagai variable Define Clusters By
Klik OK

Membaca Data

Data can be entered directly into SPSS, or it can be imported from a number of different sources. The processes for reading data stored in SPSS data files, spreadsheet applications, such as Microsoft Excel, database applications, such as Microsoft Access, and text file.

Struktur asas Data Fail SPSS

SPSS data fail di susun melalui cases (row) dan variables (columns)

Dalam data fail ini, cases mewakili responden terhadap survey.

Variables mewakili setiap soalan yang ditanya dalam survey.


Membaca Data Fail SPSS

Dari Menu pilih
File → Open → Data..
Pastikan SPSS (*.sav) dipilih dari Files of Type drop-down list

Membaca data dari spreadsheets
Dari Menu pilih: File → Open →Data …
Pilih Excel (*.xls) dari Files of Type drop-down list. Pilih demo.xls dan klik open untuk membaca spreadsheet ini.
Dialog box akan dipaparkan dan membenarkan user samada untuk memasukkan nama variable di dalam spreadsheet .
Pastikan read variable names from first row of data dipilih. Pilihan ini membaca column headings sebagai nama variable.
Klik OK.

Menyimpan Data
Dari Menu Pilih
File
→Save

Mengguna Data Editor

Data Editor menunjukkan kandungan ‘active data file’.Maklumat dalam Data Editor terdiri daripada variables dan cases.
• Dalam data view, columns mewakili variables dan rows mewakili cases (pemerhatian)
• Dalam variable view, setiap row adalah variable, dan setiap column merujuk kepada variable tersebut.


Memasukkan Numeric Data

Data boleh dimasukkan ke dalam Data Editor, dimana sangat berguna untuk data fail yang kecil atau untuk membuat sedikit perubahan terhadap data fail yang besar.
Klik variable view di bahagian bawah Data Editor Window.
Takrifkan variable yang akan digunakan. Dalam kes ini, hanya 3 variable diperlukan iaitu age, marital status dan income

Variables baru secara automatik diberi jenis numeric data
Klik data view untuk memasukkan data

Nama yang anda takrifkan di variable view sekarang menjadi heading untuk 3 column yang pertama dalam data view.
Mulakan memasuk data dalam row pertama, column pertama
Dalam column age type 55 → dalam column marital, type 1 → dalam column income type 72000, kemudian pergi ke row kedua.
Dalam column age type 53 → dalam column marital, type 0 → dalam column income type 153000
Column age dan marital menunjukkan decimal points. Untuk menghilangkan decimal points dalam variable ini
Klik variable view tab di bahagian bawah Data Editor Window


Pilih column decimals dalam age row dan type 0 untuk menghilangkan decimal.
Pilih column decimals dalam marital row dan type 0 untuk menghilangkan decimal.
Non-numeric data, seperti strings juga boleh dimasukkan dalam Data Editor.


Memasukkan Data String

Klik variable view tab di bahagian bawah Data Editor window
Pada row pertama yang kosong, type sex sebagai nama variable.


Klik type cell di row sex → Klik button di type cell untuk membuka variable type dialog box
Pilih string → Klik OK untuk menyimpan perubahan yang dibuat dan kembali kepada Data Editor.


Meletak label variable

Klik variable view tab di bahagian bawah Data Editor window. Label boleh sehingga 256 characters.
Dalam label column di age row, taip Respondent’s Age → Dalam label column di marital row, taip Marital Status.
Dalam label column di income row, taip Household Income → Dalam label column di sex row, taip Gender.



Meletak nilai label pada numeric variables.

Rujuk kepada marital status di mana nilai 0 menunjukkan bujang manakala nilai 1 menunjukkan berkahwin
Klik value cell pada marital row, kemudian klik button untuk membuka dialog box value labels.
Type 0 dalam value field → Type Single dalam value label field → Klik Add untuk menambah label ini ke dalam senarai
Ulang proses di atas, kali ini type 1 dalam value field dan married dalam value label field.


Klik Add dan kemudian klik OK untuk menyimpan perubahan yang dibuat
Klik Data View tab di bawah Data Editor window
Labels akan ditunjukkan dalam senarai bila anda memasukkan data. Ini akan memberi faedah dan memudahkan kerja

Menambah nilai label untuk string variable
String variable juga memerlukan nilai label. Contohnya, data anda menggunakan huruf F atau M untuk mengenali jantina.
Nilai label boleh digunakan untuk mengenali bahawa M mewakili Male (lelaki) dan F mewakili Female (wanita)

Klik value cell di sex row, kemudian klik button untuk membuka value labels dialog box
Taip F di value field, kemudian taip Female di value Label → Klik Add untuk menambah label ini ke data fail anda.
Ulang proses ini, kali ini taip M di value field dan Male di value label field. → Klik Add kemudian klik OK untuk menyimpan perubahan yang dibuat dan kembali kepada Data Editor.

Oleh kerana string value adalah case sensitive, anda perlu memastikan bahawa anda konsisten di mana lowercase m tidak sama dengan uppercase M.

Copying dan Pasting Value Attributes
Apabila anda telah mendefinasikan variable attributes untuk sesuatu variable, anda boleh menyalin perkara ini dan melaksanakannya di variable yang lain.
Di variable view, taip agewed di cell yang pertama pada row pertama yang kosong
Klik value cell di age row

Dari menu pilih → Edit → Copy
Klik values cell di agewed row


Dari menu pilih → edit → paste
Value yang telah didefinasikan dari age variable sekarang boleh digunakan di agewed variable


Apabila anda paste sesuatu perkara, ianya akan dilaksanakan disemua cells yang dipilih. Variable yang baru akan diwujudkan secara automatik jika anda paste sesuatu perkara di row yang kosong

Anda juga boleh menyalin kesemua perkara dari satu variable ke variable yang lain → Klik row number di marital row
Dari menu pilih → Edit → Copy
Klik row number di row pertama yang kosong
Dari menu pilih → edit → paste

Kesemua perkara di marital variable akan dilaksana di variable yang baru.

Statistik Menggunakan Frequencies

Prosidur frequency sangat berguna untuk mendapatkan ringkasan setiap variable. Contoh berikut menunjukkan bagaimana frequencies boleh digunakan untuk menganalisa ukuran variable di nominal, ordinal dan scale level
Terdapat 2 jenis data asas:
• Nominal - Kategori data di mana tiada kaitan antara kategori. Contohnya , kategori pekerjaan “sales” tiada tinggi atau rendah berbanding kategori “marketing” atau “research”
• Ordinal - Kategori data dimana membawa makna mengikut kategori. Tetapi perbezaan antara kategori tidak boleh diukur.

Contohnya terdapat turutan antara nilai tinggi, pertengahan dan rendah tetapi jarak perbezaan antara nilai-nilai itu tidak boleh dikira.

Scale - data berkaitan dengan jarak perbezaan atau ratio scale dimana data menunjukkan turutan nilai dan perbezaan antara nilai. Contohnya gaji $72,195 adalah lebih tinggi dari $52,398, dan jarak antara 2 nilai gaji ini ialah $ 19,797.

Case 1
Anda mengendalikan satu pasukan yang menjual komputer hardware kepada syarikat pembangunan software, jurujual anda mempunyai kenalan yang utama. Anda perlu kagetorikan kenalan ini mengikut jabatan di mana mereka bekerja di syarikat itu (Pembangunan Perisian, Perkhidmatan Komputer, Kewangan, Lain-lain, Tidak Tahu)
Maklumat ini boleh diambil dari contacts.sav. Gunakan frequencies untuk mengkaji pengagihan jabatan dan melihat samada ianya bersangkutan dengan matlamat anda.

Menggunakan frequencies untuk mengkaji Nominal Data

Running Analysis : chart

Analyze → Descriptive Statistics → Frequencies

Pilih Department sebagai analisa variable → Klik Charts
Pilih Pie Charts → Klik Continue → Klik OK di frequencies dialog box
Pilihan ini mengeluarkan jadual frequency dan pie chart terhadap jabatan yang dimiliki oleh kenalan anda.

Bar Chart

Bar chart, order by descending frequencies, dengan cepat membantu anda untuk mencari mode dan juga untuk perbandingan visual
frequencies yang berkaitan.
Pilih bar charts → klik continue → klik format di frequencies dialog box.
Pilih descending counts → Klik Continue → Klik OK di frequencies dialog box.
Pilihan ini mengeluarkan bar chart dengan kategori yang dipilih menggunakan descending frequency.

Asas Edit Chart
Anda boleh edit chart dalam berbagai cara. Contohnya bar chart yang anda bina, anda boleh
• Tukar warna
• Edit text
• Tunjukkan label data

Untuk edit chart, buka dalam chart editor
• Double-klik bar chart untuk membuka dalam chart editor

Pemilihan Chart Element
Untuk edit chart element, klik salah satu bar. Warna biru rectangles dikeliling bar akan kelihatan menunjukkan mereka dipilih.
Anda boleh membuat perubahan ke atas bar charts tersebut. Untuk deselect kesemua elements, press the Esc key. Dari Chart Editor pilih menu edit → properties.


Format Numbers dalam Tick Labels
Kita ketahui nombor di paksi y adalah skala ribuan. Nombornya juga ada 2 titik perpuluhan yang tidak diperlukan. Untuk membuatkan chart ini lebih menarik dan mudah dibaca, kita akan mengubah format nombor dalam tick labels dan edit tajuk paksi.
• Pilih paksi y tick label dengan klik salah satu dari angka yang ada
• Buka properties window dari menu : edit → properties

• Klik tab number format
• Taip 0 dalam decimal places text box
• Taip 0.001 dalam scalling factor text box
• Pilih display digit grouping
• Klik Apply

Editing Text
Sekarang anda akan menukar tajuk di paksi y bersesuaian dengan format nombor yang baru.
• Klik tajuk paksi y
• Klik sekali lagi tajuk itu untuk mulakan edit mode.

• Delete text berikut:
In thousands
• Press enter untuk keluar dari edit mode dan kemaskini tajuk paksi y.
Displaying and Editing Data Value Labels.

Dari Menu Chart Editor pilih Elements → Show Data Labels
Setiap bar dalam carta sekarang menunjukkan purata sebenar household income. Ingat, unit tersebut dalam skala ribuan, jadi anda sepatutnya menggunakan Number Format tab sekali lagi untuk menukar factor skala.

Dengan data value label yang dipilih, klik data value labels tab Pindahkan Household income in thousands dari Displayed list ke Not Displayed list
Pindahkan Percent dari Not Displayed list ke Displayed list

Klik Apply untuk kemaskini data value label. Hasilnya bar chart akan menunjukkan peratus di setiap kategori.

Menggunakan Templates

Jika anda membuat beberapa perubahan kepada carta, anda boleh menggunakan chart template untuk mengurangkan masa membina dan mengedit carta. Chart template menyimpan perkara-perkara yang telah ditambah/diubah terhadap sesuatu carta. Kemudian anda boleh laksanakan perkara-perkara tersebut bila membina atau edit carta yang lain.
􀂾 Dari Menu Pilih File → Save Chart Template
􀂾 Dialog box Save Chart Template membenarkan anda menentukan perkara-perkara yang hendak dimasukkan dalam template
􀂾 Pilih semua setting untuk memasukkan semua perkara-perkara yang berkaitan dengan carta ke template.

􀂾 Klik Continue
􀂾 Dalam Save Template dialog box, tentukan lokasi dan nama fail untuk template tersebut
􀂾 Klik Save
􀂾 Tutup Chart Editor. Bar Chart yang dikemaskini ditunjukkan di viewer.
􀂾 Dari viewer menu pilih
Graphs → Bar
􀂾 Klik Define untuk membuka Define Simple Bar dialog box
􀂾 Pilih Level of education dan masukkan ke category axis
􀂾 Klik Other Statistic dan masukkan Household Income Category ke kotak variable
􀂾 Select Use chart specifications from
􀂾 Klik File. Dalam Use Template from File dialog box, ambil fail template yang anda simpan sebelum ini.
􀂾 Pilih fail tersebut dan klik open
􀂾 Klik OK untuk membina carta dan laksanakan template.


Secara keseluruhannya, saya menilai bahawa spss lebih kompleks berbanding excel. Ini adalah kerana spss adalah pertama kali saya gunakan. Walaubagaimanapun spss lebih menarik jika sesuatu data dianalisis kerana dripada situ kita dapat mengetahui min, mode,dan median serta peratusannya.

Spss juga yang saya pelajari ini lebih menjurus kepada menganalisis data daripada borang soalselidik. Dari sinilah saya dapat tahu beginilah penyelidik mengumpul data dari borang soalselidik. Selain itu, daripada spss kita membuat kajian ke atas beberapa kumpulan terhadap sesuatu fenomena. Contohnya, saya membuat kajian tentang permasalahan pembelajaran dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat di kalangan jururawat. Saya telah membuat tinjauan ke atas tiga kumpulan iaitu di UKM, Master Skills dan Mahsa College.

Metakognitif dalam microsoft word.

Metakognitif dalam microsoft word.

Selain digunakan untuk menyimpan data, microsof word boleh digunakan untuk membuat buku program dan juga brochure. Lazimnya buku program diihasilkan dalam perisian Microsoft publisher kerana ia lebih mudah dan tersusun. Buku program biasanya dihasilkan sempena program tertentu dijalankan.Data-data yang patut ada dalam buku program ialah tajuk program yang diadakan, pengenalan, objektif program, aturcara majlis, struktur organisasi program dan akhir sekali aoutograf. Saiz buku program biasanya 15cm x 20cm.

Untuk buku program, saya menghasilkan program makan malam tahunan kejururawatan.


Manakala brochure dihasilkan sebagai pemberi maklumat kepada orang ramai secara ringkas dan mudah difahami. Brochure biasanya bersaiz A4 dan dilipat tiga. Data yang perlu dimasukkan dalam brochure mestilah tepat, ringkas dan tersusun.

Brochure yang saya hasilkan ialah kanser payudara. Saya banyak menambah pengetahuan daripada menghasilkan brochure ini.

Strategi menggunakan Microsoft word.

Buku Program

1) Pilih perisian Microsoft Word.

2) Setkan buku program dalam bentuk book fold dengan cara klik file->page setup->Book Fold.


3) Data-data yang perlu ada dalam buku program adalah
Ø Tajuk program
Ø Ucapan alu-aluan
Ø Objektif Program
Ø Tentatif program
Ø Senarai organisasi program
Ø Lampiran
Ø Penghargaan
Ø Autograf.

4) Taip data seperti biasa. Bentuk font boleh ditukar mengikut kreativiti sendiri. Namun adalah lebih baik menggunakan font yang jelas dan mudah dibaca.Biasanya insert word art digunakan untuk menulis tajuk untuk mendapat effect yang lebih menarik.
5) untuk mengurangkan kebosanan, kita boleh masukkan gambar dengan cara insert picture atau copy dari folder pengguna dan pastekan.

6) Background pada buku program boleh ditambah dengan menginsert picture dari folder simpanan. Pastikan backgroung tidak meneggelamkan tulisan pada buku program.


7) Selepas semua data yang penting dimasukkan dan dikemaskini,
masukkan nombor mukasurat dengan cara klik insert->page number-> pilih position and alignment.





Strategi membuat broshure


1) Pilih perisian Microsoft Word.

2) Setkan Brosur dengan cara klik file-> page setup->Margin (0.5) kebiasaannya.-> orientation-> landscape ->ok

3) Biasanya brosur dibuat menggunakan kertas bersaiz A4 dan dibahagikan kepada tiga bahagian

4) Oleh itu,cara-caranya adalah klik->fprmat->column->pilih tiga column.

5) Taipdata seperti biasa. Bentuk font boleh ditukar mengikut kreativiti sendiri. Namun adalah lebih baik menggunakan font yang jelas dan mudah dibaca.Bisanya insert word art digunakan untuk menulis tajuk untuk mendapat effect yang lebih menarik.

6) untuk mengurangkan kebosanan, kita boleh masukkan gambar dengan cara insert picture atau copy dari folder pengguna dan pastekan.


7) Background pada buku program boleh ditambah dengan menginsert picture dari folder simpanan. Pastikan backgroung tidak meneggelamkan tulisan pada buku program.


8) Harus diingatkan bahawa data yang dimasukkan mestilah disusun secara sistematik dan teratur kerana data-data perlu disusun sendiri.


9) Data yang dimasukkan dalam brochure tidak perlu terlalu detail. Ia pelu ringkas dan mudah difahami.

10) Biasanya, dalam brochure tidak perlu dimasukkan nombor muka surat.

Secara amnya, untuk menghasilkan buku program dan brochure tidaklah begitu sukar. Namun demikian bagi brochure kemahiran penyusunan perlu ada supaya hasilnya selepas diprint tidak bercelaru. Bagi buku program pula harus diingat bahawa isi data sahaja yang perlu dimasukkan. Manakala kulit depan dan belakang bagi buku program perlu diasingkan dengan cara membuat brochure dua column. Ini akan memudahkan proses percetakan.

Semua teknik membuat buku program dan brochure yang saya pelajari secara tidak langsung memberi panduan berguna kepada saya sekiranya saya ditugaskan untuk menghasilkan sebuah buku program ataupun brochure.

Metakognitif dalam microsoft power point

Metakognitif dalam microsoft power point

Microsoft Power Point merupakan salah satu dari perisian persembahan yang banyakterdapat pada masa kini. Penggunaan yang mudah dapat membantu pengguna untuk membuat persembahan yang menarik tanpa menggangu audien. Pengguna dapat menjalankan arahan-arahan dengan mudah dan dapat mengingati arahan tersebut. Malahan dengan adanya ikon dan juga menu interaktif dapat memudahkan pengguna untuk membuat satu persembahan yang menarik

Terlebih dahulu saya merancang rangka kerja yang perlu dimasukkkan dalam Microsoft power point. Saya hanya memasukkan isi- isi penting sahaja untuk memudahkan pemahaman kepada pembaca. Selain itu, saya men’create’ corak persembahan yang menarik dan slide show yang hebat supaya pembaca tidak akan berasa bosan.

Antara strategi menggunakan power point

1 pilih perisian power point

2 tentukan jenis persembahan yang diingini sama ada dalam bentuk presentation atau kiosk dengan cara klik slide show dan pilih set up show. Klik sama ada hendak menggunakan presentation atau kiosk dalam show type.

3 sebelum memasukkan data kita boleh memilih slide layout untuk memudahkan kita menyusun data dan gambar dalam bentuk yang lebih menarik. Slide layout dipilih dengan klik format di toolbar. Klik pada mana-mana slide layout yang bersesuaian dan secara automatiknya ia akan terapply dalam slide.

4 masukkan data dalam slide. Bentuk font dalam slide boleh ditukar mengikut kreativiti sendiri. Namun adalah lebih baik untuk persembahan power point menggunakan font yang jelas dan mudah dibaca. Data yang dimasukkan dalam slide boleh ditaip terus atau menggunakan insert word art. Biasanya insert word art digunakan untuk menulis tajuk untuk mendapat effect yang lebih menarik.


5 untuk menampakkan lebih kreatif kita juga boleh memasukkan bentuk-bentuk dengan cara click ->autoshape ->pilih bentuk->bentuk yang dipilih boleh diubah dalam bentuk tiga dimensi.
data yang dimasukkan mestiilah ringkas dan mudah difahami.

6 daripada main slide,kita boleh hyperlinkkan. Insert hyperlink-> link to -> place in this document -> select a place in this document.
untuk mengurangkan kebosanan, kita boleh masukkan gambar dengan cara insert picture atau copy dari folder pengguna dan paste ke slide. Kita juga boleh insert perkara-perkara lain yang perlu seperti graf,diagram,video and sound dan table.

7 kita boleh memantau background untuk slide dengan cara klik slide show, kemudian pilih animation scheme -> design template. Kita boleh memilih pelbagai background yang menarik.

8 Namun terhad dan hanya boleh diapply untuk semua slide.
kita juga boleh menggunakan alternative lain untuk memasukkan background.

9 Langkah-langkahnya ialah tekan right clik -> background ->fill effect -> picture -> select picture from file.
10 Pastikan tulisan pada slide jelas. Oleh itu kita hendaklah memilih background yang bersesuain dan tidak terlalu terang sehingga boleh meneggelamkan tulisan.

11.Untuk mempelbagaikan paparan setiap slide click->slide show->
Slide transition -> apply to selected slide.

12. Untuk persembahan data dengan lebih sistematik klik ->slide show->custom animation->add effect to the selected data. semua animation ini boleh dimodify kelajuannya.

13. bagi persembahan untuk power point presentation setiap effect yang dimasukkan boleh disetkan dalam on mouse click atau with previous atau juga after previous

14. namun untuk persembahan kiosk semua effect mesti disetkan after previous.

15 akhir sekali, power point boleh disimpan seperti biasa.



Daripada apa yang saya pelajari, power point amat mudah untuk dipersembahkan. Manfaatnya juga, ia boleh dijadikan sebagai nota ringkas kepada saya.Antaranya dalam membuat peta minda.
Kegunaan power point juga boleh menyimpan dan mengedit gambar iaitu dengan cara insert -> picture-> from file-> setelah diubah klik save picture as.

Metakognitif dalam Microsoft excel

Metakognitif dalam Microsoft excel

Microsoft Excel merupakan salah satu hamparan elektronik yang dapat digunakan dengan mudah dan mesra pengguna. Pengguna akan dapat menggunakan arca dan menu yang terdapat didalamnya dengan mudah.

Antara kelebihan Microsoft Excel adalah
1)Dapat membuat pengiraan dengan mudah.
2)Dapat memanipulasi data yang terdapat dan memudahkan untuk membuat carta dan pengisihan data dengan mudah.
3)Membuat pengiraan yang rumit hanya dengan menekan ikon yang terdapat.
4)Arahan dan ikon yang mudah diingati
5)Menu mengikut persekitaran yang terdapat dalam halaman tersebut.
Saya telah mepelajari penggunaan perisian microsoft excel untuk merancang belanjawan saya sepanjang tahun ini bermula bulan April 2008 hinggalah bulan Disember 2008. segala perbelanjaan saya haruslah dirancang dengan baik agar tidak melebihi pendapatan.

Strategi menggunakan microsoft excel

1) pilih perisian Microsoft excel

2) rename di sheet 1 kepada bulan April


3) taipkan baki belanjawan dan nyatakan nilainya

4) taipkan perkara-perkara belanjawan seperti makanan di column c, pengangkutan di column d, toileteris di column e, komunikasi di column f ,lain-lain di column g, jumlah belanjawan di colum h dan baki di column i. semua perkara ini terletak di baris ke 5.


5) Taipkan tarikh pada column b dan row kelima. Contohnya 1April08. kita tidak perlu menaip satu persatu tarikh sehingga 30April08. oleh itu selepas 1April08 ditaip, kita hanya perlu menarik cursor pada penjuru kotak 1April08 ke bawah sehingga 30April08. dengan secara automatiknya semua tarikh pada bulan April akan tercatat.

6) Masukkan sahaja nilai belanjawan pada bulan April


7) Nilai belanjawan contohnya tiga ringgit perlu dalam dua titik perpuluhan. Oleh itu, kita perlu setkan dua titik perpuluhan dengan cara highlight semua kotak yang akan dimasukkan nilai belanjawan -> format->cells-> number-> 2 decimal place.

8) Untuk mengetahui jumlah belanjawan secara automatik higlight kotak C+D+E+F+G+H yang mewakili nilai belanjawan pada 1 April08. klik AutoSum. Jumlah belanjawan secara aotumatik akan terpapar. Untuk jumlah belanjawan pada tarikh yang berikutnya hanya perlu meletak cursor pada penjuru kotak nilai belanjawan yang pertama dan tarik ke bawah sehingga 30 April08.

9) Untuk baki pula cara-caranya ialah klik pada kotak nilai baki pertama-> taip = pada insert function (fx).-> klik pada baki belanjawan bulan lalu (baki belanjawan bulan Mac;1000.00) -> taip tolak (-) -> klik pada jumlah belanjawan yang pertama.


10) Baki belanjawan pada 2 April08 pula, klik pada kotak baki yang kedua(2 April08).-> taip = pada insert function (fx). -> klik baki belanjawan pada kotak 1April08 -> taip tolak (-) -> klik pada jumlah belanjawan yang kedua ( 2 April08)
->tarik cursor pada penjuru kotak hingga ke bawah. Semua baki secara aoutomatiknya akan terpapar sendiri.

11) untuk menjumlahkan nilai belanjawan pada setiap kategori contohnya makanan pada bulan tersebut -> highlight belanjawan dari 1April hingga 30April bagi kategori pertama iaitu makanan. -> AutoSum -> apabila jumlah keseluruhan belanjawan makanan terpapar,-> klik pada kotak tersebut. -> tarik cursor secara melintang hingga ke bahagian jumlah belanjawan.

11) daripada belanjawan kita boleh memasukkan graf atau pie untuk mendapat gambaran kasar pada bulan tersebut.

12) Cara-caranya highlight perkara-perkara belanjawan dari makanan sehingga perkara lain-lain dan higlight juga jumlah keseluruhan belanjawan bagi setiap kategori pada masa yang sama. -> klik insert -> chart -> choose Chart type contohnya pie -> next -> next-> title bagi chart contohnya belanjawan bagi bulan April -> next -> finish


13) Untuk bulan seterusnya, belanjawna perlu dibuat pada new sheet.

14) Cara-caranya -> right click pada sheet April -> move or copy -> sheet 2 -> click create a copy -> rename sheet kedua sebagai bulan Mei


15) Edit tarikh belanjawan kepada bulan mei

16) Untuk membawa baki belanjawan pada bulan yang lepas (bulan april), cara-caranyya ialah klik baki bulan April pada sheet Mei -> AutoSum -> klik baki pada sheet April iaitu pada 30 April -> klik enter (terletak di sebelah insert function;fx)


17) Nilai belanjawan baru pada bulan Mei akan berubah secara aoutomatik. Carta pie dan graf juga akan berubah secra aoutomatik. Title pada graf atau carta pie hanya perlu direnamekan sahaja.

18) Pastikan belanjawan tidak melebehi baki bulan lepas. untuk bulan-bulan seterusnya hanya perlu mengikut langkah seperti bulan Mei.


Kesimpulannya, microsoft excel membantu saya mengira dengan cepat tanpa perlu menggunakan kalkulator. Selain digunakan untuk mengira perbelanjaan, data seperti markah ujian bulanan bagi setiap subjek boleh diaplikasikan dalam microsoft excel.

Metakognitif dalam membuat blog.

Metakognitif dalam membuat blog.

Blog adalah satu jenis web yang dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary. Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru dan begitulah seterusnya.Blog menggunakan bahasa php web programming kerana ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.

Blog telah pun lama bertapak di internet sebagai satu medium untuk seseorang individu atau organisasi itu untuk memaparkan penulisan yang berkisar tentang kisah hidup, luahan rasa, berita, catatan perjalanan/pengembaraan, mempromosikan produk/servis, resume dan seterusnya untuk suka-suka.

Untuk menghasilkan blog, terdapat dua cara iaitu menghasilkannya sendiri(memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming) atau menggunakan khidmat blog provider secara percuma(lebih mudah dan tidak memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming).

Di antara laman web yang menyediakan khidmat blog secara percuma ialah (2 ni yang paling popular):
Blogger - Milik Google.comWordpress
Contoh-contoh blog
Blogger
fazleephixel.blogspot.com
almarbawi.blogspot.com
kirul-tv.blogspot.com
Blog adalah satu bentuk seperti diari atau aktiviti dan peribadi tentang diri saya. Sebelum saya mempunyai blog, saya perlu mendaftar dalam google. Panduan membuat blog juga telah diberikan oleh Dr. Siti iaitu

http://zaidlearn.blogspot.com/
http://thinkingnurse.blogspot.com/
http://www.codeblog.com/

selain itu saya mendapat rujukan untuk membuat blog nursing daripada Dr. Siti juga. Antara nursing blog tersebut ialah



Nursing Blogs:
Nurse POV: Blog Community from ADVANCE!
Critical Mass Nursing
Code Blog - tales of a nurse
Head-Nurse
About a nurse
Tales of an aspiring nightingale
The Nurse Practitioner's Place
University of Arizona College Nursing Blog
Di dalam blog juga saya mesti merancang apakah kandungan yang patut saya bincangkan dan gaya.
Untuk membina blog
Buka perisian internet explorer -> Gmail -> sign up for gmail -> register (just ikut arahan)
Oleh itu saya telah mendaftar sebagai Gmail. Untuk masuk ke blok, saya memasuki dengan cara
Taip www.blogger.com/start -> sign in ->display name -> continue->name your blog (isi sahaja mengikut citarasa sendiri) -> continue -> choose a template -> continue -> start blogging.

Sebelum ini saya tidak pernah tahu menahu tentang blog. Daripada apa yang saya pelajari antara klebihan blogger ini ialah.
Percuma.
Mudah untuk mendaftar.
Control panel yang ringkas dan mudah digunakan.
Boleh upload gambar dalam control panel.
Boleh mengubahsuai template secara bebas(Boleh guna CSS,DHTML,AJAX).
Turut mempunyai categories tetapi masih dalam peringkat BETA dan hanya user yang bertuah saja boleh dapat.
Mempunyai archieves iaitu tempat di mana post-post lama disimpan mengikut bulan.




Namun demikian blogger juga ada kekurangannya. Antaranya ialah :
Kelemahan blogger
Hanya pengunjung yang mempunyai akaun blogger sahaja dapat memberikan komen untuk post blogger lain.

Tidak sesuai untuk newbies. Tetapi tidak memerlukan masa yang panjang sekiranya hendak belajar menggunakannya.

Tidak dapat mengubahsuai template, perlu upgrade dan membayar sebanyak USD25 untuk unlock fungsi edit template.

Metakognitif dalam microsoft front page.

Metakognitif dalam microsoft front page.

Microsoft front page digunakan untuk menghasilkan laman web. Ia amat mudah dipelajari. Saya perlu terlebih dahulu merancang data yang perlu dimasukkan. Gaya persembahan untuk pergerakan dalam laman web juga sangat penting.


Strategi dalam menggunakan front page.

1) pilih perisian microsoft front page.

2) microsoft front page yang digunakan untuk laman web, perlu disusun secara teratur dan sistematiik. Oleh itu pilih table layout yang meyediakan pelbagai jenis compartment yang bersesuaian untuk pembangunan laman web. Bagi alternatif lain ialah, dengan insert table dan rancang pembahagian colunmn dan row mengikut kesesuaian. Pastikan juga border table bersaiz kosong. Ini adalah kerana untuk memastikan table tidak muncul apabila dipreview.


3) Main page merupakan bahagian penting untuk di link kan kepada page-page seterusnya. Data –data dalam main page ialah pengenalan kepada laman web yang dirancang. Teknik-teknik mempersembahkan data dalam main page adalah seperti berikut.

>taip perkataan seperti ‘welcome to my website’
>bentuk font dipilih mengikut kreativiti masing-masing.
>highlightkan perkataan ‘welcome to my website’
>klik insert -> web component -> component type ialah dynamic effect -> choose an effect ialah marquee -> finish -> delay kan masa kepada 60 mengikut kesesuaian sendiri -> ok
>untuk melihat hasilnya kita boleh priviewkan


4) kita boleh juga memasukkan gambar- gambar( mestilah dalam format gif atau jpeg) dari luar dengan cara insert picture from file. Perlu diingatkan semua gambar dan komponen data hendaklah disimpan dalam satu folder yang sama dengan front page yang dicipta.Gambar yang bersaiz besar haruslah diubah dengan menggunakan Paint ataupun Microsoft PowerPoint.
5) Disamping itu, kita juga boleh menambahkan lagu dalam main page,setiap kali main page dibuka lagu akan dimainkan secara aoutomatik.langkah-langkahnya adalah:
>klik insert -> web component -> component type ialah advanced control-> choose a control ialah plug in -> finish ->
> dalam Plug in properties -> browse lagu dari fail dan klik ok.

6) Kita juga boleh menambah video dalam laman web iaitu dengan cara memantau video yang bersesuaian. Dapatkan kod video tersebut. Copy kod tersebut dan pastekan pada bahagian html pada microsoft front page. Video tidak terpapar selagi tidak diupload kerana ia memerlukan jaringan internet.

7) Selepas semua data yang ingin dimasukkan kedalam main page telah siap,namakan fail main page tersebut sebagai index.html(bagi menu utama sahaja)

8) Untuk menambahkan page yang seterusnya, klik file-> New. Namakan apa-apa sahaja fail baru yang bersesuaian.(contohnya biodata.htm yang mengandungi butir-butir peribadi.


9) Antara main page dan page-page yang seterusnya perlu dihubungkan menggunakan hyperlink.Caranya, highlightkan tajuk data dan insert ->hyperlink atau pun right klik. Semua page-page berlu dihyperlink ke main page dang begitu juga sebaliknya.

10) Setelah semua page lengkap,savekan setiap page dan pastikan tajuk tidak dijarakkan kerana ini akan menyebabkan fail tidak dapat di upload.


11) Sebarang perubahan dalam setiap page haruslah disavekan selalu.selepas itu semua page ini haruslah diuploadkan.

Sebenarnya, selain microsoft front page untuk membina laman web, kita juga boleh menggunakan macromedia dreamweaver dan netscape composer. Tetapi yang paling mudah ialah microsoft front page. Di samping gambar, video dan audio, anomasi juga boleh dimasukkan ke dalam micrososft front page