Wednesday, March 19, 2008

perbezaan blog dan laman web

Blog ialah jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi, atau penulisan mengenai sesuatu perakara, dan sentiasa dikemaskini setiap hari. Konsep blog adalah sama seperti buku diari harian.

Laman web pula merupakan salah satu cara terkini yang digunakan untuk menyebarkan maklumat serta membuat jualan.

Perbezaan ketara laman web dengan blog ialah, setiap kali saya mengupdate atau memasukkan artikel / penulisan baru, yang terkini akan berada di atas dan yang lepas kan berada di bawah.

Selain itu, blog mudah digunakan atau diuruskan oleh sesiapa sahaja. Pengggunaan blog tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi kerana ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Sama seperti menggunakan perisian Microsoft office.

Hakikatnya blog juga adalah sebuah laman web yang perlu dikemaskini, diurus dan dijaga dengan baik.

Selain itu juga, blog boleh diberi komen oleh para pembaca yang melawat. Inilah salah satu cara yang membezakan laman web biasa dan blog. Pelawat juga boleh menulis pendapat mereka terhadap artikel yang ditulis

Monday, March 17, 2008

Friday, March 14, 2008