Wednesday, February 20, 2008

pengalaman mula-mula posting

sebelum ini saya tidak pernah masuk wad.semasa orientasi pelajar, senior-senior menceritakan keseronokan mereka apabila berada di wad.mereka juga ada menceritakan keadaan pesakit di wad perihal staffness dan ketua jururawat dan termasuklah doktor di wad.

saya mula-mula dapat posting di wad perubatan 5. wad ini menempatkan pesakit-pesakit yang ada sakit berkaitan darah,berkaitan tentang pernafasan,tuberkulosis dan kadang-kadang hiv.

saya berasa agak gerun apabila mendengar hiv dan tibi kerana penykit ini boleh berjangkit. oleh yang demikian kami dinasihati oleh staffnes supaya memakai mask dan glove apabila mendekati pesakit berkenaan.

selain itu, kami diorientasikan oleh tutor tentang bilik-bilik di wad.semasa posting juga kami tidak dibenarkan duduk di atas kerusi dan katil pesakit.aduh,saya terpaksa berdiri dengn begitu lama.

semasa mula-mula posting, saya telah diberikan tugas untuk mandi lap pesakit yang koma.saya berasa agak takut kerana kali pertama memegang pesakit. namun yang demikian, saya dipandu oleh tutor teknik-teknik yag betul.

sekarang saya berasa gembira kerana dapat memberi nursing care kepada pesakit. sehinggakan sekarang masih ada pesakit yang mengingati saya semasa saya menjaganya di wad.

No comments: