Saturday, April 5, 2008

Hardware/software

Sebuah komputer itu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perkakasan (Hardware) dan perisian (Software).

Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus, monitor, papan induk, RAM, kad video, kad bunyi dan sebagainya.

Perisian pula adalah program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk digunakan bagi melaksanakan berbagai­ tugas. Contoh perisian untuk komputer peribadi (PC) seperti program Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP, Microsoft Office dan sebagainya. Salah satu program sistem operasi percuma yang mula diiktiraf ialah program Linux.



Hardware refers to objects that you can actually touch, like disks, disk drives, display screens, keyboards, printers, boards, and chips. In contrast, software is untouchable. Software exists as ideas, concepts, and symbols, but it has no substance.

Software is often divided into two categories:
systems software : Includes the operating system and all the utilities that enable the computer to function.
applications software : Includes programs that do real work for users. For example, word processors, spreadsheets, and database management systems fall under the category of applications software.




Hardware (Perkakasan) komputer

Perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan.
Komputer Sistem Asas
Komputer Sistem Multimedia
Komputer Internet Tersedia







1. Komputer Sistem Asas

Komputer Sistem Asas terdiri dari sebuah komputer yang mempunya perkakasan yang paling sedikit.

Papan induk (Motherboard).
Prosesor (Microprocessor atau CPU)
Ingatan capaian rawak (RAM)
Cakera keras s
Pemacu cakera liut
Kad Video (Video card)
Monitor
Papan kekunci (Keyboard).
Tetikus (Mouse

CPU - Central Processing Unit
HDD - Harddisk drive
FDD - Floppy Disk drive
RAM - Random Access Memory



2. Komputer Sistem Multimedia

Komputer Sistem Multimedia terdiri dari sebuah sistem yang mempunyai bunyi dan boleh memainkan video cakera padat (VCD), Cakera padat (CD) serta berkaraoke. Senarai perkakasan sistem multimedia yang dicampurkan dengan perkakasan sistem asas seperti di bawah.

Kad bunyi (Sound card)
Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive)
Mikrofon (Microphone)
Pembesar suara (Speaker)



3. Komputer Internet Tersedia

Komputer yang disediakan modem (Internet Ready) untuk melayari Internet. Senarai perkakasan sistem Internet, tambahan kepada sistem asas seperti di bawah.

Modem luar atau dalam:Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan melayari Internet.
Akaun Tmnet atau laring: Akaun untuk mendapatkan hak melayari Internet.
Satu talian telefon untuk sambungan: Satu media yang membantu menyambungkan komputer dengan ISP.

No comments: