Sunday, May 11, 2008

Metakognitif dalam Microsoft excel

Metakognitif dalam Microsoft excel

Microsoft Excel merupakan salah satu hamparan elektronik yang dapat digunakan dengan mudah dan mesra pengguna. Pengguna akan dapat menggunakan arca dan menu yang terdapat didalamnya dengan mudah.

Antara kelebihan Microsoft Excel adalah
1)Dapat membuat pengiraan dengan mudah.
2)Dapat memanipulasi data yang terdapat dan memudahkan untuk membuat carta dan pengisihan data dengan mudah.
3)Membuat pengiraan yang rumit hanya dengan menekan ikon yang terdapat.
4)Arahan dan ikon yang mudah diingati
5)Menu mengikut persekitaran yang terdapat dalam halaman tersebut.
Saya telah mepelajari penggunaan perisian microsoft excel untuk merancang belanjawan saya sepanjang tahun ini bermula bulan April 2008 hinggalah bulan Disember 2008. segala perbelanjaan saya haruslah dirancang dengan baik agar tidak melebihi pendapatan.

Strategi menggunakan microsoft excel

1) pilih perisian Microsoft excel

2) rename di sheet 1 kepada bulan April


3) taipkan baki belanjawan dan nyatakan nilainya

4) taipkan perkara-perkara belanjawan seperti makanan di column c, pengangkutan di column d, toileteris di column e, komunikasi di column f ,lain-lain di column g, jumlah belanjawan di colum h dan baki di column i. semua perkara ini terletak di baris ke 5.


5) Taipkan tarikh pada column b dan row kelima. Contohnya 1April08. kita tidak perlu menaip satu persatu tarikh sehingga 30April08. oleh itu selepas 1April08 ditaip, kita hanya perlu menarik cursor pada penjuru kotak 1April08 ke bawah sehingga 30April08. dengan secara automatiknya semua tarikh pada bulan April akan tercatat.

6) Masukkan sahaja nilai belanjawan pada bulan April


7) Nilai belanjawan contohnya tiga ringgit perlu dalam dua titik perpuluhan. Oleh itu, kita perlu setkan dua titik perpuluhan dengan cara highlight semua kotak yang akan dimasukkan nilai belanjawan -> format->cells-> number-> 2 decimal place.

8) Untuk mengetahui jumlah belanjawan secara automatik higlight kotak C+D+E+F+G+H yang mewakili nilai belanjawan pada 1 April08. klik AutoSum. Jumlah belanjawan secara aotumatik akan terpapar. Untuk jumlah belanjawan pada tarikh yang berikutnya hanya perlu meletak cursor pada penjuru kotak nilai belanjawan yang pertama dan tarik ke bawah sehingga 30 April08.

9) Untuk baki pula cara-caranya ialah klik pada kotak nilai baki pertama-> taip = pada insert function (fx).-> klik pada baki belanjawan bulan lalu (baki belanjawan bulan Mac;1000.00) -> taip tolak (-) -> klik pada jumlah belanjawan yang pertama.


10) Baki belanjawan pada 2 April08 pula, klik pada kotak baki yang kedua(2 April08).-> taip = pada insert function (fx). -> klik baki belanjawan pada kotak 1April08 -> taip tolak (-) -> klik pada jumlah belanjawan yang kedua ( 2 April08)
->tarik cursor pada penjuru kotak hingga ke bawah. Semua baki secara aoutomatiknya akan terpapar sendiri.

11) untuk menjumlahkan nilai belanjawan pada setiap kategori contohnya makanan pada bulan tersebut -> highlight belanjawan dari 1April hingga 30April bagi kategori pertama iaitu makanan. -> AutoSum -> apabila jumlah keseluruhan belanjawan makanan terpapar,-> klik pada kotak tersebut. -> tarik cursor secara melintang hingga ke bahagian jumlah belanjawan.

11) daripada belanjawan kita boleh memasukkan graf atau pie untuk mendapat gambaran kasar pada bulan tersebut.

12) Cara-caranya highlight perkara-perkara belanjawan dari makanan sehingga perkara lain-lain dan higlight juga jumlah keseluruhan belanjawan bagi setiap kategori pada masa yang sama. -> klik insert -> chart -> choose Chart type contohnya pie -> next -> next-> title bagi chart contohnya belanjawan bagi bulan April -> next -> finish


13) Untuk bulan seterusnya, belanjawna perlu dibuat pada new sheet.

14) Cara-caranya -> right click pada sheet April -> move or copy -> sheet 2 -> click create a copy -> rename sheet kedua sebagai bulan Mei


15) Edit tarikh belanjawan kepada bulan mei

16) Untuk membawa baki belanjawan pada bulan yang lepas (bulan april), cara-caranyya ialah klik baki bulan April pada sheet Mei -> AutoSum -> klik baki pada sheet April iaitu pada 30 April -> klik enter (terletak di sebelah insert function;fx)


17) Nilai belanjawan baru pada bulan Mei akan berubah secara aoutomatik. Carta pie dan graf juga akan berubah secra aoutomatik. Title pada graf atau carta pie hanya perlu direnamekan sahaja.

18) Pastikan belanjawan tidak melebehi baki bulan lepas. untuk bulan-bulan seterusnya hanya perlu mengikut langkah seperti bulan Mei.


Kesimpulannya, microsoft excel membantu saya mengira dengan cepat tanpa perlu menggunakan kalkulator. Selain digunakan untuk mengira perbelanjaan, data seperti markah ujian bulanan bagi setiap subjek boleh diaplikasikan dalam microsoft excel.

No comments: