Sunday, May 11, 2008

Metakognitif dalam microsoft front page.

Metakognitif dalam microsoft front page.

Microsoft front page digunakan untuk menghasilkan laman web. Ia amat mudah dipelajari. Saya perlu terlebih dahulu merancang data yang perlu dimasukkan. Gaya persembahan untuk pergerakan dalam laman web juga sangat penting.


Strategi dalam menggunakan front page.

1) pilih perisian microsoft front page.

2) microsoft front page yang digunakan untuk laman web, perlu disusun secara teratur dan sistematiik. Oleh itu pilih table layout yang meyediakan pelbagai jenis compartment yang bersesuaian untuk pembangunan laman web. Bagi alternatif lain ialah, dengan insert table dan rancang pembahagian colunmn dan row mengikut kesesuaian. Pastikan juga border table bersaiz kosong. Ini adalah kerana untuk memastikan table tidak muncul apabila dipreview.


3) Main page merupakan bahagian penting untuk di link kan kepada page-page seterusnya. Data –data dalam main page ialah pengenalan kepada laman web yang dirancang. Teknik-teknik mempersembahkan data dalam main page adalah seperti berikut.

>taip perkataan seperti ‘welcome to my website’
>bentuk font dipilih mengikut kreativiti masing-masing.
>highlightkan perkataan ‘welcome to my website’
>klik insert -> web component -> component type ialah dynamic effect -> choose an effect ialah marquee -> finish -> delay kan masa kepada 60 mengikut kesesuaian sendiri -> ok
>untuk melihat hasilnya kita boleh priviewkan


4) kita boleh juga memasukkan gambar- gambar( mestilah dalam format gif atau jpeg) dari luar dengan cara insert picture from file. Perlu diingatkan semua gambar dan komponen data hendaklah disimpan dalam satu folder yang sama dengan front page yang dicipta.Gambar yang bersaiz besar haruslah diubah dengan menggunakan Paint ataupun Microsoft PowerPoint.
5) Disamping itu, kita juga boleh menambahkan lagu dalam main page,setiap kali main page dibuka lagu akan dimainkan secara aoutomatik.langkah-langkahnya adalah:
>klik insert -> web component -> component type ialah advanced control-> choose a control ialah plug in -> finish ->
> dalam Plug in properties -> browse lagu dari fail dan klik ok.

6) Kita juga boleh menambah video dalam laman web iaitu dengan cara memantau video yang bersesuaian. Dapatkan kod video tersebut. Copy kod tersebut dan pastekan pada bahagian html pada microsoft front page. Video tidak terpapar selagi tidak diupload kerana ia memerlukan jaringan internet.

7) Selepas semua data yang ingin dimasukkan kedalam main page telah siap,namakan fail main page tersebut sebagai index.html(bagi menu utama sahaja)

8) Untuk menambahkan page yang seterusnya, klik file-> New. Namakan apa-apa sahaja fail baru yang bersesuaian.(contohnya biodata.htm yang mengandungi butir-butir peribadi.


9) Antara main page dan page-page yang seterusnya perlu dihubungkan menggunakan hyperlink.Caranya, highlightkan tajuk data dan insert ->hyperlink atau pun right klik. Semua page-page berlu dihyperlink ke main page dang begitu juga sebaliknya.

10) Setelah semua page lengkap,savekan setiap page dan pastikan tajuk tidak dijarakkan kerana ini akan menyebabkan fail tidak dapat di upload.


11) Sebarang perubahan dalam setiap page haruslah disavekan selalu.selepas itu semua page ini haruslah diuploadkan.

Sebenarnya, selain microsoft front page untuk membina laman web, kita juga boleh menggunakan macromedia dreamweaver dan netscape composer. Tetapi yang paling mudah ialah microsoft front page. Di samping gambar, video dan audio, anomasi juga boleh dimasukkan ke dalam micrososft front page

No comments: