Sunday, May 11, 2008

Metakognitif dalam microsoft word.

Metakognitif dalam microsoft word.

Selain digunakan untuk menyimpan data, microsof word boleh digunakan untuk membuat buku program dan juga brochure. Lazimnya buku program diihasilkan dalam perisian Microsoft publisher kerana ia lebih mudah dan tersusun. Buku program biasanya dihasilkan sempena program tertentu dijalankan.Data-data yang patut ada dalam buku program ialah tajuk program yang diadakan, pengenalan, objektif program, aturcara majlis, struktur organisasi program dan akhir sekali aoutograf. Saiz buku program biasanya 15cm x 20cm.

Untuk buku program, saya menghasilkan program makan malam tahunan kejururawatan.


Manakala brochure dihasilkan sebagai pemberi maklumat kepada orang ramai secara ringkas dan mudah difahami. Brochure biasanya bersaiz A4 dan dilipat tiga. Data yang perlu dimasukkan dalam brochure mestilah tepat, ringkas dan tersusun.

Brochure yang saya hasilkan ialah kanser payudara. Saya banyak menambah pengetahuan daripada menghasilkan brochure ini.

Strategi menggunakan Microsoft word.

Buku Program

1) Pilih perisian Microsoft Word.

2) Setkan buku program dalam bentuk book fold dengan cara klik file->page setup->Book Fold.


3) Data-data yang perlu ada dalam buku program adalah
Ø Tajuk program
Ø Ucapan alu-aluan
Ø Objektif Program
Ø Tentatif program
Ø Senarai organisasi program
Ø Lampiran
Ø Penghargaan
Ø Autograf.

4) Taip data seperti biasa. Bentuk font boleh ditukar mengikut kreativiti sendiri. Namun adalah lebih baik menggunakan font yang jelas dan mudah dibaca.Biasanya insert word art digunakan untuk menulis tajuk untuk mendapat effect yang lebih menarik.
5) untuk mengurangkan kebosanan, kita boleh masukkan gambar dengan cara insert picture atau copy dari folder pengguna dan pastekan.

6) Background pada buku program boleh ditambah dengan menginsert picture dari folder simpanan. Pastikan backgroung tidak meneggelamkan tulisan pada buku program.


7) Selepas semua data yang penting dimasukkan dan dikemaskini,
masukkan nombor mukasurat dengan cara klik insert->page number-> pilih position and alignment.





Strategi membuat broshure


1) Pilih perisian Microsoft Word.

2) Setkan Brosur dengan cara klik file-> page setup->Margin (0.5) kebiasaannya.-> orientation-> landscape ->ok

3) Biasanya brosur dibuat menggunakan kertas bersaiz A4 dan dibahagikan kepada tiga bahagian

4) Oleh itu,cara-caranya adalah klik->fprmat->column->pilih tiga column.

5) Taipdata seperti biasa. Bentuk font boleh ditukar mengikut kreativiti sendiri. Namun adalah lebih baik menggunakan font yang jelas dan mudah dibaca.Bisanya insert word art digunakan untuk menulis tajuk untuk mendapat effect yang lebih menarik.

6) untuk mengurangkan kebosanan, kita boleh masukkan gambar dengan cara insert picture atau copy dari folder pengguna dan pastekan.


7) Background pada buku program boleh ditambah dengan menginsert picture dari folder simpanan. Pastikan backgroung tidak meneggelamkan tulisan pada buku program.


8) Harus diingatkan bahawa data yang dimasukkan mestilah disusun secara sistematik dan teratur kerana data-data perlu disusun sendiri.


9) Data yang dimasukkan dalam brochure tidak perlu terlalu detail. Ia pelu ringkas dan mudah difahami.

10) Biasanya, dalam brochure tidak perlu dimasukkan nombor muka surat.

Secara amnya, untuk menghasilkan buku program dan brochure tidaklah begitu sukar. Namun demikian bagi brochure kemahiran penyusunan perlu ada supaya hasilnya selepas diprint tidak bercelaru. Bagi buku program pula harus diingat bahawa isi data sahaja yang perlu dimasukkan. Manakala kulit depan dan belakang bagi buku program perlu diasingkan dengan cara membuat brochure dua column. Ini akan memudahkan proses percetakan.

Semua teknik membuat buku program dan brochure yang saya pelajari secara tidak langsung memberi panduan berguna kepada saya sekiranya saya ditugaskan untuk menghasilkan sebuah buku program ataupun brochure.

No comments: