Thursday, May 15, 2008

Metakognitif dalam pembangunan laman web

Metakognitif dalam pembangunan laman web

Dalam alam siber serba maju ini, kita diberi peluang untuk mempamerkan idea-idea kita ke dunia antarabangsa. Itulah laman web. Ia boleh dilihat dimana-mana sahaja tidak kira siapa, dimana dan tiada sekatan atas apa yang ingin kita sampaikan.
Pertama kita mesti tahu Persoalan untuk membina laman web.
Matlamat kita membina laman web?
Untuk siapa kita membina laman web itu?
Mengapa pelawat perlu masuk ke laman web anda?
Apa yang pelawat mahu dalam laman web anda?
Apa strategi untuk tarik pelawat bagi memasuki ke laman web anda?
Bagaimana ia harus di promosikan/diwujudkan?

Laman web boleh berfungsi dalam berbagai keadaan

 Sebagai penyebar iklan
 Sebagai penghubung atau pengerat sahabat (email, chat)
 Sebagai kaunter jual beli
 Sebagai pusat pengambilan perisian jenis ringan (kurang dari 20mb kebiasaannya)

Banyak lagi fungsi bagi sesebuah laman web. Oleh kerana wujudnya laman web maka kita tidak lagi perlu mengirim surat secara pos atau pergi ke pejabat sesebuah syarikat hanya untuk mendapatkan maklumat yang kita ingini. Syarikat pula tidak perlu sibuk melayan pelanggan yang begitu ramai dan dapat mengelakkan kesesakan ruang pejabat. Ini disebabkan laman web boleh menjadi media pemberitahuan yang paling cekap dan cepat. Keadaan ini muncul apabila hampir semua penduduk didunia memiliki set komputer yang dilengkapi modem bagi membolehkan ia mencapai maklumat internet itu sendiri. Untuk membina laman web tidak sukar seperti diawal kemunculannya. Ini kerana banyak perisian yang boleh menjana laman web secara automatik sebagai contoh,

· Microsof frontpage express
· Macromedia dreamweaver
· Netscape composer
· Dan banyak lagi.


Pelbagai cara kita boleh mengintegrasikan laman web kita sebagai contoh untuk kelihatan lebih menarik dan canggih anda boleh menggunakan grafik animasi. Semua perkara tersebut memerlukan ruang simpan yang tertentu, jadi fail tersebut biasanya akan dihantar kepada server(perkhidmatan khusus internet )
Kita boleh menggunakan server Geocities di http://www.geocities.com/ ,Xoom di http://www.xoom.com/ , Tripod di http://www.tripod.com/, Angelfire di www.angelfire.com , atau pun Cjb di www.cjb.net dan macam-macam lagi .Mereka menawarkan ruang server untuk anda sehingga 20 MB.Ruang yang agak besar.
Apapun saya perlu Sign Up (daftar) terlebih dahulu pada ruang atau butir-butir peribadi yang perlu di isi.Apa yang hendak saya ketengahkan di sini ialah dalam proses membina laman haruslah ada sedikit kesabaran.
Di malaysia terdapat juga server yang disediakan untuk pelanggannya tak perlu bayar malah semua server diatas juga free tak perlu keluarkan duit pergi bank buat pendaftaran. di Malaysia juga terdapat server seperti http://www.alumni.net.my/ , http://www.homepage.net.my/ (ahli jaring sahaja) dan lain-lain
Sebagai contoh saya ambil server Geocities (senang). Semasa sign Up( Daftar) saya perlu merancang ID (nama web anda) dan Password (kata laluan *******) yang hendak diletakkan serta butiran yang lain .Selepas ia akan 'Succesfully' dan terpapar nama web saya sebagi contoh saya memberi nama ID saya sebagai 'wan_a118117' maka alamat penuh anda atau URL(Uniform Resource Locater) ialah http://www.geocities.com/wan_a118117. Alamat ini lah yang saya perlu gunakan semasa saya ingin publish (menghantar ke server).

Mencipta laman web adalah mengikut kretiviti sendiri.Buka perisian Microsoft Frontpage,Netscape composer dan sebagainya kemudian taip macam biasa,seperti anda guna Microsoft Words dan notepad tak perlu ingat kod HTML kerana secara automatik ia diproses pada kod tersebut. Saya juga boleh memasukkan gambar-gambar scan ( mestilah format dalam gif atau jpeg ) atau gambar sedia ada dan animasi dengan menggunakan 'Copy-Paste' ,jangan lupa upload sekali gambar ni.
Bagi membina muka utama saya perlu menamakan fail tersebut kepada index.htm atau pun index.html yang akan menjadi alamat penuh ://www.geocities.com/wan_a118117 apabila dibuka nanti. Selepas itu upload fail "biodata.htm" yang mengandungi butir-butir peribadi saya. Jadi saya tetapkan alamat penuh pada menu utama melalui "hyperlink" iaitu http://www.geocities.com/wan_a118117/biodata.htm.Apabila pelawat masuk dia akan klik ikon hyperlink itu dan terus di bawa kepada pages "biodata".
Cara mengupload simpanan fail dari Microsoft front page ialah daripada geocities yang saya register -> file manager->
Atau lebih senang seperti panduan di bawah
boleh upload fail melalui server yang di sediakan ,caranya ialah buka laman web server anda dan cari icon upload/easy upload kemudian " browse " fail laman web anda, dan jangan lupa juga upload semua perkara yang terkandung di dalam web seperti gambar,midi,dan sebagainya .Caranya ialah

Masukkan Login anda pada ID disediakan serta passwordnya sekali -> "Sign in" 2)


Kemudian cari kotak "upload" seperti diatas."Browse" dan cari fail yang hendak diupload seterusnya "yes".Sebagai contoh saya hendak upload fail "index.htm", cari fail (browse) "index.htm" dan "yes", Icon display pula adalah sebanyak mana upload yang hendak di buat. Kemudian klik "Upload Files" Siap

Setelah selesai buat publish tu semua tibalah masanya nak test nye jadi atau tidak. Gunakan netscape atau internet explorer atau neoplanet atau apa sahaja untuk membuka laman anda.Taip www.geocities.com/wan_a118117 dekat location/address kemudian enter je lah.kalau tak puas hati macam ada yang tak lawa ker atau tak cun ker atau nak add apa-apakita boleh adjust mana-mana yang patut.



Secara kesimpulannya membina laman amat mudah , tetapi ada sesetengah orang beranggapan bahawa membina laman web perlu mengingati kod HTML (Hyper Text Markup Language), sebenarnya ia hanya memerlukan sebuah perisian yang mudah dan komputer yang mempunyai rangkaian internet.

Membuat laman web tidak semestinya perlu menggunakan superkomputer dan komputer berkelajuan tinggi seperti Pentium 4,3 linux ,dan sebagainya. syarikat-syarikat besar dan laman web perniagaan hanya menggunakan perisian biasa sahaja bagi menghasilkan laman web yang bermutu dan lebih cantik.

Daripada laman web ini saya membincangkan tentang ICT dalam kejururawatan. Saya juga menyusun,mengtur dan membina grafik dan animasi. Idea ini saya dapat daripada pantauan ke atas lama-laman web peribadi dan lain-lain. Kombinasi idea tersebut dapat mebina laman web yang menarik.


Kalau tak boleh jugak dengan cara ini , anda boleh upload fail melalui server yang di sediakan ,caranya ialah buka laman web server anda dan cari icon upload/easy upload kemudian " browse " fail laman web anda, dan jangan lupa juga upload semua perkara yang terkandung di dalam web seperti gambar,midi,dan sebagainya .Caranya ialah1)

Cuba Membuka Laman Web
Setelah selesai buat publish tu semua tibalah masanya nak test nye jadi atau tidak. Gunakan netscape atau internet explorer atau neoplanet atau apa sahaja untuk membuka laman anda.Alamat sudah ada apa lagi taip www.geocities.com/Lanun_kampung dekat location/address kemudian enter je lah.kalau tak puas hati macam ada yang tak lawa ker atau tak cun ker atau nak add apa-apakita boleh adjust mana-mana yang patut

No comments: